1. Keselamatan
Dari segi
keselamatan, Lee Kuan Yew, Ketua Menteri Singapura dan pemimpin Parti Tindakan
Rakyat (PETIR) berasa bimbang kerana keselamatan Singapura terancam akibat perkembangan pengaruh komunis. Lee Kuan Yew
berasa bimbang akan pengaruh Barisan Sosialis kerana Barisan Sosialis telah
memenangi pilihan kecil di Hong Lim, Singapura
pada bulan April 1961. Lee Kuan Yew berasa bimbang juga kerana
kebangkitan pengaruh Barisan Sosialis akan melemahkan PETIR pada masa akan datang.
Perkembangan pengaruh komunis dalam
Barisan Sosialis akan menggugat rancangan British untuk memberi kemerdekaan
kepada Singapura. Perkembangan politik di Singapura ini juga membimbangkan
Tunku Abdul Rahman. Beliau bimbang pengaruh komunis dari Singapura akan merebak
ke Persekutuan Tanah Melayu.
2. Ancaman Komunis
Tambahan pula,
ancaman komunis juga merupakan faktor pembentukan Malaysia. Lee Kuan Yew telah
menggunakan alasan pengaruh komunis di Singapura untuk mendesak British
menggabungkan Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu. Beliau berkeyakinan bahawa Persekutuan Tanah Melayu
mempunyai pengalaman dalam membanteras pengaruh Parti Komunis Malaya pada zaman
Darurat (1948-1960). Pengaruh komunis juga turut berkembang dan mengancam
keadaan politik di Sarawak. Clandestine Communist Organization (CCO) berjuang
untuk menjadikan Sarawak sebagai negara komunis. Ancaman komunis ini
menyebabkan Tunku Abdul Rahman mengemukakan cadangan pembentukan Malaysia
dengan menggabungkan Singapura, Sarawak, Brunei dengan Persekutuan Tanah
Melayu. Pembentukan Malaysia akan dapat membentuk pakatan yang kuat untuk
membenteras ancaman komunis.
3. Kemerdekaan
Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura masih belum mencapai
kemerdekaan daripada penjajah British.
Negeri-negeri jajahan British ini masih belum mampu berkerajaan sendiri.
Penyertaan mereka dalam Malaysia akan menjamin kemerdekaan yang lebih awal
kerana Malaysia dijangka akan dibentuk dalam tempoh dua tahun. Negeri-negeri
tersebut juga dapat menikmati
pembangunan politik, ekonomi dan sosial selaras dengan Persekutuan Tanah
Melayu. Jelaslah bahawa, kemerdekaan merupakan faktor pembentukan Malaysia.
4. Dekolonialisasi British
Dekolonialisasi Bristish merupakan faktor pembentukan
Malaysia kerana pembentukan Malaysia adalah selaras dengan hasrat
dekolonialisasi terhadap negara-negara kecil yang belum membangun. Pada tahun 1960, Perhimpunan
Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah menimbulkan usul agar
tanah-tanah jajahan diberi kemerdekaan.
5. Kestabilan politik
Pembentukan Malaysia diharap dapat memjamin kestabilan
politik di rantau Asia Tenggara. British berharap pembentukan Malaysia dapat
menghalang penyebaran pengaruh komunis
di Singapura, Brunei, Sabah dan Sarawak. Bristih perlu mewujudkan kestabilan
politik serantau untuk memastikan kepentingan mereka terus terkawal
terutama pengkalannya di Singapura.
6. Ekonomi
Ekonomi menjadi
faktor pembentukan Malaysia kerana perkembangan ekonomi tidak seimbang dalam
negeri-negeri Sarawak, Sabah, Brunei, Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu.
Ekonomi Sabah dan Sarawak masih mundur berbanding dengan negeri-negeri lain.
Pembentukan Malaysia akan mewujudkan kerjasama dalam bidang ekonomi dan akan
menguntungkan negeri-negeri yang mundur. Penubuhan Malaysia akan mewujudkan
satu pasaran yang lebih luas untuk menggalakkan lagi pelaburan dan perkembangan
industri pertanian. Pembentukan Malaysia dapat mewujudkan kerjasama yang
memanfaatkan sumber yang sedia ada, misalnya Tanah Melayu kaya dengan biji
timah dan getah, Sarawak dan Sabah kaya dengan sumber balak, dan Brunei kaya
dengan sumber minyak.
7. Keseimbangan Kaum
Pembentukan Malaysia
dapat menyeimbangkan kaum dengan menggabungkan Persekutuan Tanah Melayu dengan
Singapura akan menimbulkan masalah ketidakseimbangan kaum di negara
kita.Singapura mempunyai bilangan orang cina yang lebih ramai manakala Sabah,
Sarawak dan Brunei mempunyai bilangan bumiputera yang lebih ramai. Penyertaan
negeri-negeri tersebut dalam Malaysia dapat mengimbangi kaum di kalangan negara
anggota. Pembentukan Malaysia juga mewujudkan kesepadatan dan semangat setia
kawan di kalangan anggotanya.
No comments:
Post a Comment