Kesedaran Pembinaan Negara Dan Bangsa

Terangkan konsep negara dalam masyarakat Melayu tradisional.

  • Kewujudan kerajaan atau negara disebabkan oleh adanya raja tanpa raja sesebuah kerajaan tidak akan wujud.
  • Kedudukan raja begitu tinggi dan istimewa dalam sesebuah kerajaan.
  • Raja bertanggungjawab memberikan perlindungan politik dan menjamin keselamatan rakyat yang mendiami wilayah kekuasaannya.
  • Rakyat yang mendiami wilayah yang diperintah oleh raja akan menerima dan mengakui kekuasaan raja.
  • Kesetiaan rakyat terhadap rajanya inilah yang menentukan sempadan kerajaan atau wilayah yang diperintah oleh raja tersebut.
  • Kerajaan yang kuat akan menakluk atau menaungi kerajaan yang lemah untuk mengembangkan empayar seperti Kesultanan Melayu Melaka.
  • Kesultanan Melayu Melaka mempunyai banyak negeri taklukan dan naungan.
  • Negeri bererti kawasan, misalnya negeri Larut, negeri Bemam dan negeri Krian.
  • Apabila membuat perjanjian antara Kerajaan Melayu dengan kuasa asing keseluruhan kerajaan disebut negeri dan jajahan takluknya



Terangkan konsep negara yang diperkenalkan oleh pihak British di Tanah Melayu.

  • Setiap kerajaan Melayu disebut negeri dengan menetapkan sempadan setiap negeri dan konsep kerajaan beransur luput.
  • Membina sebuah negara dan bangsa dengan memperkenalkan gagasan Malayan Union pada tahun 1946.
  • Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948 telah menggabungkan semua Negeri Melayu dalam sebuah pentadbiran pusat.
  • British memberikan kemerdekaan kepada Persekutuan Tanah Melayu menjadikan negara yang merdeka pada tahun 1957.
  • Persetujuan negeri Sarawak dan Sabah bergabung dengan Persekutuan Tanah Melayu mewujudkan negara Malaysia yang berdaulat



Apakah yang anda faham dengan konsep bangsa dalam konteks Negara Malaysia.

  • Konsep bangsa merujuk kepada sekumpulan manusia dalam satu ikatan ketatanegaraan atau warganegara sesebuah negara.
  • Apabila Persekutuan Tanah Melayu diisytiharkan merdeka pada tahun 31 Ogos 1957 dan Malaysia dibentuk pada 16 September 1963, maka, lahirlah negara dan bangsa Malaysia
  • Konsep bangsa Malaysia terdiri daripada masyarakat berbilang kaum yang berlainan bangsa, budaya, kepercayaan dan pendapat terhadap keduniaan.
  • Bangsa Malaysia dibentuk melalui penggunaan satu bahasa kebangsaan serta pengamalan kebudayaan kebangsaan dan Rukun Negara dalam setiap bidang kehidupan.
  • Pembentukan bangsa Malaysia merupakan hasil perjuangan kemerdekaan, pengisian kemerdekaan dan pengekalan kemerdekaan.



Apakah yang dimaksudkan negara bangsa di Eropah?

  • Konsep negara bangsa moden di Eropah berasaskan sempadan rumpun bangsa dan persamaan bahasa.



Terangkan perkembangan yang membawa pembentukan negara bangsa di Barat.

  • Idea negara bangsa bermula di Barat pada penghujung abad ke 18 dan ke-19 ekoran tercetusnya Revolusi Inggeris 1688, Perang Kemerdekaan Amerika 1776 dan Revolusi Perancis 1789, menggantikan bentuk negara feudal
  • Idea konsep negara bangsa muncul untuk memperjuangkan tentang hak rakyat, kerajaan berperlembagaan dan negara bangsa moden.
  • Pertumbuhan nasionalisme ketika itu memperlihatkan bibit-bibit kelunturan entiti politik  berasaskan keagamaan dan kemunculan idea negara bangsa.
  • Kebangkitan nasionalisme telah mengancam empayar Austria,Rusia dan Turki yang mempunyai penduduk berbilang bangsa.
  • Para nasionalis menggunakan unsur persamaan rumpun bangsa dan bahasa untuk penyatuan serta pembentukan negara bangsa masing-masing
  • Kekalahan Jerman dan sekutunya dan Perang Dunia Pertama dan Persidangan Damai Paris telah mencapai kesepakatan melalui Deklarasi Empat Belas Perkara Woodrow Wilson.
  • Deklarasi ini telah mencadangkan dua prinsip, iaitu penentuan nasib negara oleh rakyat sendiri dan prinsip sempadan negara berasaskan bangsa.
  • Empayar Aurtsia-Hungary dan Turki yang mengalami kekalahan telah dibahagi-bahagikan berdasarkan etnik dan bangsa membentuk negara bangsa yang merdeka
  • Tujuh negara bangsa baru yang muncul di Eropah ialah:
    • Chechoslavakia
    • Estonia
    • Finland
    • Latvia
    • Lithuania
    • Poland
    • Yugoslavia.



Bagaimanakah Count Camillo Benso di Cavour membentuk Negara bangsa Itali pada abad ke 19?

  • Itali menyatukan wilayah-wilayah di bahagian utara seperti Venetia dan Lombardy dengan menghalau orang Austria untuk membentuk sebuah pemerintahan.
  • Count Camillo Benso di Cavour menyatukan Itali menjadi sebuah negara dengan menggunakanamalan realpolitik
  • Beliau sangat menyanjung pemerintahan monarki mewujudkan kerjasama dengan Napoleon III pemerintah Perancis bagi menentang Austria.
  • Pungutan Melalui pungutan suara yang diadakan, Count Camillo Benso di Cavour memperoleh sokongan majoriti rakyat untuk menyatukan Itali
  • Wilayah Venetia dipulangkan kepada ltali pada tabun 1866 oleh Perancis sebagai balasan terhadap kerjasama Itali membantu Prussia menewaskan Austria
  • Pada tahun 1870, Perancis mengundurkan tenteranya dari Rom, dan Camillo mengambil peluang ini menyatukan Rom dan Itali membentuk sebuah negara bangsa ltali



Terangkan usaha-usaha yang dilakukan Otto Eduard Von Bismarck untuk membentuk negara Jerman. 

  • Otto Eduard Von Bismarck mengamalkan realpolitik dan politik darah dan besi untuk menyatukan negara Jerman.
  • Bismarck menggunakan pelbagai taktik seperti tipu helah, pemalsuan dokumen, provokasi, penipuan dan ugutan untuk mencetuskan peperangan.
  • Bismarck menganjurkan sistem kediktatoran yang diterima oleh rakyat untuk penyatuan Jerman.
  • Beliau menggunakan isu membenci kuasa asing untuk memenangi dan membangkitkan semangat rakyat Prussia di medan tempur.
  • Perang Bismarck melancarkan tiga peperangan menentang musuh iaitu Denmark, Austria dan Perancis.



Apakah persamaan ciri-ciri pembinaan negara bangsa di Itali dan Jerman?
• Melibatkan tipu helah untuk mencapai matlamat politik.
• Melibatkan kekerasan bersenjata untuk mencapai matlamat politik.


Mengapakah usaha pembinaan negara Islam di Madinah berbeza daripada pembinaan negara bangsa di Eropah?

  • Pembentukan kerajaan Islam di Madinah merupakan satu contoh penyatuan melalui prinsip Islam.
  • Nabi Muhammad s.a.w. menyusun perlembagaan terlebih dahulu sebelum mengasaskan kerajaan Islam di Madinah.
  • Perlembagaan atau Piagam Madinah berjaya menyatukan penduduknya yang berbilang kaum, iaitu orang Yahudi, orang Kristian dan orang Arab dalam sebuah negara.
  • Baginda berjaya membentuk kerajaan Islam di Madinah.dengan cara diplomasi, musyawarah dan permuafakatan.
  • Pembentukan kerajaan Islam di Madinah kerana wujudnya amalan kerjasama dan permuafakatan antara pemimpin dengan pemimpin dan antara pemimpin dengan rakyat.



Huraikan ciri-ciri negara dan bangsa Malaysia

  • Wilayah yang mempunyai penduduk, sempadan dan pemerintah yang berwibawa.-
  • Negara Malaysia terdiri daripada Persekutuan Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah.
  • Negara merujuk kepada institusi pemerintahan yang tersusun bertanggungjawab membuat dan melaksanakan keputusan politik serta menguatkuasakan undang-undang dan peraturan kerajaan.
  • Persamaan Sekumpulan manusia yang mendiami sesebuah wilayah serta yang mempunyai persamaan dari segi bahasa, adat resam, kesenian, dan pengalaman sejarah.
  • Pemerintah Kerajaan ialah institusi pemerintah yang bertanggungjawab menggubal dan melaksanakan dasar sesebuah negara.
  • Kerajaan merangkumi semua badan yang membuat, mentafsirkan dan melaksanakan dasar-dasar negara.
  • Kerajaan bertindak sebagai pengaman dan penentu arah kehidupan masyarakat sesebuah negara.
  • Kerajaan di negara terdiri daripada tiga badan dalam pemerintahan, iaitu Badan Perundangan, Badan Pelaksana dan Badan Kehakiman.
  • Perlembagaan Perlembagaan merupakan peraturan tertinggi sarna ada bertulis atau tidak bertulis yang menjadi rujukan dan panduan bagi mentadbir dan memerintah sebuah negara.
  • Di Malaysia, perlembagaan merupakan peraturan bertulis tertinggi yang didokumenkan dan dijadikan rujukan untuk mentadbir negara.
  • Perlembagaan bertujuan memberikan jaminan perlindungan kepada rakyat negara ini.



Terangkan ciri-ciri negara dan bangsa dalam kesultanan Melayu Melaka

  • Kesultanan Melayu Melaka mempunyai wilayah lingkungan pengaruh yang luas meliputi-meliputi keseluruhan Semenanjung Tanah Melayu dan seluruh timur Sumatera.
  • Kedaulatan dirujuk terus kepada raja yang memerintah negeri bebas daripada campur tangan, paksaan dan penjajahan dan mempunyai hak mutlak terhadap rakyatnya.
  • Sistem pemerintahan beraja, adat istiadat Melayu alat regalia, nobat, wama, bahasa, undang-undang, protokol dan adat istiadat istana., bahasa Melayu dan agama Islam menjadi identiti Melaka.
  • Terdapat dua sumber undang-undang bertulis yang dipengaruhi oleh adat tempatan dan agama Islam, iaitu Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Laut Melaka.
  • Hukum Kanun Melaka mengandungi 44 fasal yang menyentuh bidang kuasa raja dan pembesar serta pantang di kalangan anggota masyarakat.
  • Hukum Kanun Melaka ini turut menyatakan hukuman terhadap kesalahan jenayah awam, undang-undang keluarga dan sebagainya.
  • Undang-undang Laut Melaka memperuntukkan perkara yang berkaitan dengan tatacara pelayaran di laut seperti tanggungjawab pengawal kapal, atur cara pelayaran, pemiagaan, bidangkuasa nakhoda kapal dan hukuman bagi kesalahan jenayah.
  • Rakyat bertanggungjawab untuk mentaati raja yang memerintah bersedia mempertahankan negara, menghadiri adat istiadat kerajaan, mengadakan gotong royong, kerahan tenaga dan sebagainya.
  • Sultan merupakan pemerintahan tertinggi yang dibantu oleh Bendahara, Penghulu Bendahari,Temenggong dan Laksamana menjadi tonggak institusi kerajaan yang memerintah dan diberi portfolio mengikut bidang tugas masing-masing.



Huraikan unsur-unsur warisan Kesultanan Melaka yang diamalkan di negeri-negeri Melayu. 

  • Sistem pemerintahan Negeri-Negeri Melayu seperti Johor, Perak dan Pahang berdasarkan sistem pemerintahan Kesultanan Melayu
  • Gelaran Menggunakan gelaran Sultan pada awal nama masing-masing.-Sistem pewarisan takhta di negeri-negeri tersebut mementingkan jurai keturunan sebelah bapa putera sulung sultan dengan permaisurinya berpeluang mewarisi takhta kerajaan. 
  • Dan sekiranya sultan tidak mempunyai putera, adik lelaki sultan mewarisi takhta.-Mengamalkan Sistem Pembesar Empat Lipatan perbezaan pada gelaran pembesamya.disebabkan perubahan semasa dan penyesuaian dengan keadaan tempatan.
  • Kitab undang-undang disalin dan dipinda berdasarkan Hukum Undang Kanun Melaka untuk disesuaikan dengan unsur tempatan.
  • Adat istiadat Melayu seperti pertabalan raja membaca doa, melafaz ikrar, bersiram dan berarak dengan iringan alat-alat kebesaran.
  • Cop Mohor Digunakan dalam urusan rasmi untuk melaksanakan pemerintahan dan pentadbiran
  • Alat-alat kebesaran seperti keris atau pedang dan payung ubur-ubur berwama kuning ketika baginda diadakan upacara pertabalan dan ketika bersemayam di balairung seri.
  • Nobat akan dimaikan ketika upacara pertabalan dan kemangkatan Sultan
  • Agama Islam menjadi agama rasmi di Melaka dan menjadi amalan negeri-negeri Melayu.
  • Bahasa Melayu dan bahasa yang digunakan dengan raja disebut bahasa dalam seperti patik, beta, bersiram, mangkat dan sebagainya.
  • Menggunakan wama putih dan kuning untuk sultan dan kerabat raja
  • Menjunjung duli menyembah raja dan berpakaian ketika mengadap raja.
  • Pakaian dan perhiasan raja dan raja perempuan diperbuat daripada emas dengan tatah permata penuh dengan unsur-unsur seni.


No comments:

Post a Comment