MAKSUD ZAMAN PRASEJARAH
Zaman prasejarah ialah zaman dimana manusia tidak memiliki sistem tulisan. Kewujudan zaman ini dapat diketahui melalui kajian arkeologi dengan menggunakan kaedah cari gali.
Terdapat 4 jenis zaman prasejarah :
- Zaman Paleolitik
- Zaman Mesolitik
- Zaman Neolitik
- Zaman Logam
1. Zaman Paleolitik
Garis masa = 200 000 SM
Tempat tinggal = Tinggal di dalam gua
Aktiviti masyarakat = Hidup berpindah-randah (nomad), mengutip hasil hutan dan memburu binatang
Peralatan yang digunakan = Peralatan batu yang buatannya kasar
Lokasi di Malaysia = Gua Niah, Sarawak, Tingkayu, Sabah dan Kota Tampan, Perak.
2. Zaman Mesolitik
Garis masa = 14 000 SM
Tempat tinggal = Tinggal di sekitar sungai dan gua
Aktiviti masyarakat = Tinggal dalam kelompok, memburu binatang dan mengumpul hasil hutan
Peralatan yang digunakan = Peralatan batu yang lebih licin buatannya
Lokasi di Malaysia = Jenderam Hilir, Selangor, Gua Madai, Sabah dan Guar Kepah, Seberang Prai.
3. Zaman Neolitik
Garis masa = 3 000 SM
Tempat tinggal = Tinggal di sekitar sungai, pesisiran pantai dan tasik
Aktiviti masyarakat = Bercucuk tanam, membuat tembikar dan menjalankan perdagangan sistem barter
Peralatan yang digunakan = Tembikar, peralatan batu yang halus buatannya dan menggunakan api untuk memasak
Lokasi di Malaysia = Bukit Tengkorak, Sabah, Gua Cha, Kelantan dan Gua Badak, Perak.
4. Zaman Logam
Garis masa = 700 SM
Tempat tinggal = Tinggal di dalam gua dan membina rumah di kawasan lapang
Aktiviti masyarakat = Menjinakkan binatang, bercucuk tanam, pertukangan dan menjalankan perdagangan sistem barter
Peralatan yang digunakan = Peralatan batu, logam dan tembikar
Lokasi di Malaysia = Sungai Tembeling, Pahang, Lembah Bernam, Selangor dan Gua Harimau, Perak.
No comments:
Post a Comment