Kesedaran Pembinaan Negara Dan Bangsa

Terangkan konsep negara dalam masyarakat Melayu tradisional.

  • Kewujudan kerajaan atau negara disebabkan oleh adanya raja tanpa raja sesebuah kerajaan tidak akan wujud.
  • Kedudukan raja begitu tinggi dan istimewa dalam sesebuah kerajaan.
  • Raja bertanggungjawab memberikan perlindungan politik dan menjamin keselamatan rakyat yang mendiami wilayah kekuasaannya.
  • Rakyat yang mendiami wilayah yang diperintah oleh raja akan menerima dan mengakui kekuasaan raja.
  • Kesetiaan rakyat terhadap rajanya inilah yang menentukan sempadan kerajaan atau wilayah yang diperintah oleh raja tersebut.
  • Kerajaan yang kuat akan menakluk atau menaungi kerajaan yang lemah untuk mengembangkan empayar seperti Kesultanan Melayu Melaka.
  • Kesultanan Melayu Melaka mempunyai banyak negeri taklukan dan naungan.
  • Negeri bererti kawasan, misalnya negeri Larut, negeri Bemam dan negeri Krian.
  • Apabila membuat perjanjian antara Kerajaan Melayu dengan kuasa asing keseluruhan kerajaan disebut negeri dan jajahan takluknya



Terangkan konsep negara yang diperkenalkan oleh pihak British di Tanah Melayu.

  • Setiap kerajaan Melayu disebut negeri dengan menetapkan sempadan setiap negeri dan konsep kerajaan beransur luput.
  • Membina sebuah negara dan bangsa dengan memperkenalkan gagasan Malayan Union pada tahun 1946.
  • Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948 telah menggabungkan semua Negeri Melayu dalam sebuah pentadbiran pusat.
  • British memberikan kemerdekaan kepada Persekutuan Tanah Melayu menjadikan negara yang merdeka pada tahun 1957.
  • Persetujuan negeri Sarawak dan Sabah bergabung dengan Persekutuan Tanah Melayu mewujudkan negara Malaysia yang berdaulat



Apakah yang anda faham dengan konsep bangsa dalam konteks Negara Malaysia.

  • Konsep bangsa merujuk kepada sekumpulan manusia dalam satu ikatan ketatanegaraan atau warganegara sesebuah negara.
  • Apabila Persekutuan Tanah Melayu diisytiharkan merdeka pada tahun 31 Ogos 1957 dan Malaysia dibentuk pada 16 September 1963, maka, lahirlah negara dan bangsa Malaysia
  • Konsep bangsa Malaysia terdiri daripada masyarakat berbilang kaum yang berlainan bangsa, budaya, kepercayaan dan pendapat terhadap keduniaan.
  • Bangsa Malaysia dibentuk melalui penggunaan satu bahasa kebangsaan serta pengamalan kebudayaan kebangsaan dan Rukun Negara dalam setiap bidang kehidupan.
  • Pembentukan bangsa Malaysia merupakan hasil perjuangan kemerdekaan, pengisian kemerdekaan dan pengekalan kemerdekaan.



Apakah yang dimaksudkan negara bangsa di Eropah?

  • Konsep negara bangsa moden di Eropah berasaskan sempadan rumpun bangsa dan persamaan bahasa.



Terangkan perkembangan yang membawa pembentukan negara bangsa di Barat.

  • Idea negara bangsa bermula di Barat pada penghujung abad ke 18 dan ke-19 ekoran tercetusnya Revolusi Inggeris 1688, Perang Kemerdekaan Amerika 1776 dan Revolusi Perancis 1789, menggantikan bentuk negara feudal
  • Idea konsep negara bangsa muncul untuk memperjuangkan tentang hak rakyat, kerajaan berperlembagaan dan negara bangsa moden.
  • Pertumbuhan nasionalisme ketika itu memperlihatkan bibit-bibit kelunturan entiti politik  berasaskan keagamaan dan kemunculan idea negara bangsa.
  • Kebangkitan nasionalisme telah mengancam empayar Austria,Rusia dan Turki yang mempunyai penduduk berbilang bangsa.
  • Para nasionalis menggunakan unsur persamaan rumpun bangsa dan bahasa untuk penyatuan serta pembentukan negara bangsa masing-masing
  • Kekalahan Jerman dan sekutunya dan Perang Dunia Pertama dan Persidangan Damai Paris telah mencapai kesepakatan melalui Deklarasi Empat Belas Perkara Woodrow Wilson.
  • Deklarasi ini telah mencadangkan dua prinsip, iaitu penentuan nasib negara oleh rakyat sendiri dan prinsip sempadan negara berasaskan bangsa.
  • Empayar Aurtsia-Hungary dan Turki yang mengalami kekalahan telah dibahagi-bahagikan berdasarkan etnik dan bangsa membentuk negara bangsa yang merdeka
  • Tujuh negara bangsa baru yang muncul di Eropah ialah:
    • Chechoslavakia
    • Estonia
    • Finland
    • Latvia
    • Lithuania
    • Poland
    • Yugoslavia.



Bagaimanakah Count Camillo Benso di Cavour membentuk Negara bangsa Itali pada abad ke 19?

  • Itali menyatukan wilayah-wilayah di bahagian utara seperti Venetia dan Lombardy dengan menghalau orang Austria untuk membentuk sebuah pemerintahan.
  • Count Camillo Benso di Cavour menyatukan Itali menjadi sebuah negara dengan menggunakanamalan realpolitik
  • Beliau sangat menyanjung pemerintahan monarki mewujudkan kerjasama dengan Napoleon III pemerintah Perancis bagi menentang Austria.
  • Pungutan Melalui pungutan suara yang diadakan, Count Camillo Benso di Cavour memperoleh sokongan majoriti rakyat untuk menyatukan Itali
  • Wilayah Venetia dipulangkan kepada ltali pada tabun 1866 oleh Perancis sebagai balasan terhadap kerjasama Itali membantu Prussia menewaskan Austria
  • Pada tahun 1870, Perancis mengundurkan tenteranya dari Rom, dan Camillo mengambil peluang ini menyatukan Rom dan Itali membentuk sebuah negara bangsa ltali



Terangkan usaha-usaha yang dilakukan Otto Eduard Von Bismarck untuk membentuk negara Jerman. 

  • Otto Eduard Von Bismarck mengamalkan realpolitik dan politik darah dan besi untuk menyatukan negara Jerman.
  • Bismarck menggunakan pelbagai taktik seperti tipu helah, pemalsuan dokumen, provokasi, penipuan dan ugutan untuk mencetuskan peperangan.
  • Bismarck menganjurkan sistem kediktatoran yang diterima oleh rakyat untuk penyatuan Jerman.
  • Beliau menggunakan isu membenci kuasa asing untuk memenangi dan membangkitkan semangat rakyat Prussia di medan tempur.
  • Perang Bismarck melancarkan tiga peperangan menentang musuh iaitu Denmark, Austria dan Perancis.



Apakah persamaan ciri-ciri pembinaan negara bangsa di Itali dan Jerman?
Melibatkan tipu helah untuk mencapai matlamat politik.
Melibatkan kekerasan bersenjata untuk mencapai matlamat politik.


Mengapakah usaha pembinaan negara Islam di Madinah berbeza daripada pembinaan negara bangsa di Eropah?

  • Pembentukan kerajaan Islam di Madinah merupakan satu contoh penyatuan melalui prinsip Islam.
  • Nabi Muhammad s.a.w. menyusun perlembagaan terlebih dahulu sebelum mengasaskan kerajaan Islam di Madinah.
  • Perlembagaan atau Piagam Madinah berjaya menyatukan penduduknya yang berbilang kaum, iaitu orang Yahudi, orang Kristian dan orang Arab dalam sebuah negara.
  • Baginda berjaya membentuk kerajaan Islam di Madinah.dengan cara diplomasi, musyawarah dan permuafakatan.
  • Pembentukan kerajaan Islam di Madinah kerana wujudnya amalan kerjasama dan permuafakatan antara pemimpin dengan pemimpin dan antara pemimpin dengan rakyat.



Huraikan ciri-ciri negara dan bangsa Malaysia

  • Wilayah yang mempunyai penduduk, sempadan dan pemerintah yang berwibawa.-
  • Negara Malaysia terdiri daripada Persekutuan Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah.
  • Negara merujuk kepada institusi pemerintahan yang tersusun bertanggungjawab membuat dan melaksanakan keputusan politik serta menguatkuasakan undang-undang dan peraturan kerajaan.
  • Persamaan Sekumpulan manusia yang mendiami sesebuah wilayah serta yang mempunyai persamaan dari segi bahasa, adat resam, kesenian, dan pengalaman sejarah.
  • Pemerintah Kerajaan ialah institusi pemerintah yang bertanggungjawab menggubal dan melaksanakan dasar sesebuah negara.
  • Kerajaan merangkumi semua badan yang membuat, mentafsirkan dan melaksanakan dasar-dasar negara.
  • Kerajaan bertindak sebagai pengaman dan penentu arah kehidupan masyarakat sesebuah negara.
  • Kerajaan di negara terdiri daripada tiga badan dalam pemerintahan, iaitu Badan Perundangan, Badan Pelaksana dan Badan Kehakiman.
  • Perlembagaan Perlembagaan merupakan peraturan tertinggi sarna ada bertulis atau tidak bertulis yang menjadi rujukan dan panduan bagi mentadbir dan memerintah sebuah negara.
  • Di Malaysia, perlembagaan merupakan peraturan bertulis tertinggi yang didokumenkan dan dijadikan rujukan untuk mentadbir negara.
  • Perlembagaan bertujuan memberikan jaminan perlindungan kepada rakyat negara ini.



Terangkan ciri-ciri negara dan bangsa dalam kesultanan Melayu Melaka

  • Kesultanan Melayu Melaka mempunyai wilayah lingkungan pengaruh yang luas meliputi-meliputi keseluruhan Semenanjung Tanah Melayu dan seluruh timur Sumatera.
  • Kedaulatan dirujuk terus kepada raja yang memerintah negeri bebas daripada campur tangan, paksaan dan penjajahan dan mempunyai hak mutlak terhadap rakyatnya.
  • Sistem pemerintahan beraja, adat istiadat Melayu alat regalia, nobat, wama, bahasa, undang-undang, protokol dan adat istiadat istana., bahasa Melayu dan agama Islam menjadi identiti Melaka.
  • Terdapat dua sumber undang-undang bertulis yang dipengaruhi oleh adat tempatan dan agama Islam, iaitu Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Laut Melaka.
  • Hukum Kanun Melaka mengandungi 44 fasal yang menyentuh bidang kuasa raja dan pembesar serta pantang di kalangan anggota masyarakat.
  • Hukum Kanun Melaka ini turut menyatakan hukuman terhadap kesalahan jenayah awam, undang-undang keluarga dan sebagainya.
  • Undang-undang Laut Melaka memperuntukkan perkara yang berkaitan dengan tatacara pelayaran di laut seperti tanggungjawab pengawal kapal, atur cara pelayaran, pemiagaan, bidangkuasa nakhoda kapal dan hukuman bagi kesalahan jenayah.
  • Rakyat bertanggungjawab untuk mentaati raja yang memerintah bersedia mempertahankan negara, menghadiri adat istiadat kerajaan, mengadakan gotong royong, kerahan tenaga dan sebagainya.
  • Sultan merupakan pemerintahan tertinggi yang dibantu oleh Bendahara, Penghulu Bendahari,Temenggong dan Laksamana menjadi tonggak institusi kerajaan yang memerintah dan diberi portfolio mengikut bidang tugas masing-masing.



Huraikan unsur-unsur warisan Kesultanan Melaka yang diamalkan di negeri-negeri Melayu. 

  • Sistem pemerintahan Negeri-Negeri Melayu seperti Johor, Perak dan Pahang berdasarkan sistem pemerintahan Kesultanan Melayu
  • Gelaran Menggunakan gelaran Sultan pada awal nama masing-masing.-Sistem pewarisan takhta di negeri-negeri tersebut mementingkan jurai keturunan sebelah bapa putera sulung sultan dengan permaisurinya berpeluang mewarisi takhta kerajaan. 
  • Dan sekiranya sultan tidak mempunyai putera, adik lelaki sultan mewarisi takhta.-Mengamalkan Sistem Pembesar Empat Lipatan perbezaan pada gelaran pembesamya.disebabkan perubahan semasa dan penyesuaian dengan keadaan tempatan.
  • Kitab undang-undang disalin dan dipinda berdasarkan Hukum Undang Kanun Melaka untuk disesuaikan dengan unsur tempatan.
  • Adat istiadat Melayu seperti pertabalan raja membaca doa, melafaz ikrar, bersiram dan berarak dengan iringan alat-alat kebesaran.
  • Cop Mohor Digunakan dalam urusan rasmi untuk melaksanakan pemerintahan dan pentadbiran
  • Alat-alat kebesaran seperti keris atau pedang dan payung ubur-ubur berwama kuning ketika baginda diadakan upacara pertabalan dan ketika bersemayam di balairung seri.
  • Nobat akan dimaikan ketika upacara pertabalan dan kemangkatan Sultan
  • Agama Islam menjadi agama rasmi di Melaka dan menjadi amalan negeri-negeri Melayu.
  • Bahasa Melayu dan bahasa yang digunakan dengan raja disebut bahasa dalam seperti patik, beta, bersiram, mangkat dan sebagainya.
  • Menggunakan wama putih dan kuning untuk sultan dan kerabat raja
  • Menjunjung duli menyembah raja dan berpakaian ketika mengadap raja.
  • Pakaian dan perhiasan raja dan raja perempuan diperbuat daripada emas dengan tatah permata penuh dengan unsur-unsur seni.


Teknik Pembelajaran Abad Ke-21

1. Fan-N-Pick
Setiap ahli ada peranan, dan setiap peranan dimainkan secara bergilir-gilir
  • Pelajar 1 :  susun kad seperti kipas
  • Pelajar 2 :  pilih kad dan bacakan soalan
  • Pelajar 3 :  jawab soalan
  • Pelajar 4  : beri respon dan pujian kepada jawapan yang diberi

2. Inside-Outside Circle
  • Cari pasangan
  • Bentuk dua bulatan , satu di dalam (Bulatan 1)  dan satu di luar (Bulatan 2). 
  • Berdiri menghadapi pasangan
  • Guru beri soalan /tugasan kepada murid dalam Bulatan 1.
  • Pelajar dalam Bulatan 2 menjawab dan rakanyna hanya mendengar
  • Beri pujian atau kukuhkan jawapan kawan apabila ia telah habis bercakap.
  • Kemudian tukar peranan dengan soalan baru
  • Akhir sekali tukar pasangan dengan rakan di sebelah kanan dalam bulatan

3. Match Mine
  • Empat orang murid duduk dalam satu pasukan
  • Setiap dua orang cari pasangan dalam pasukan tersebut
  • Setiap pasangan diberi kad untuk memisahkan mereka .
  • Pelajar 1  mengarahkan Pelajar 2 melukis atau meneka gambar yang ada pada Pelajar 1
  • (Pelajar 2 tidak dapat melihat apa yang dipegang oleh Pelajar 1 ) 
  • Apa yang dilukis atau ditekanya bergantung kepada  kefahamannya dari arahan atau mesej yang  disampaikan olehPelajar 1
  • Pelajar 1  melihat hasil yang dibuat oleh Pelajar 2 dan mereka saling kukuh mengukuh
  • Kemudian kedua-duanya tukar peranan

4. Same Different
  • 2 orang pelajar dalam kumpulan mencari persamaan dan perbezaan dalam dua gambar yang ada pada setiap orang dari mereka
  • Kemudian mereka bandingkan jawapan
  • Akhir sekali tukar pasangan dalam kumpulan

5. Rally Robin
  • Pelajar dalam bentuk berpasangan bergilir-gilir memberi respon tentang satu-satu perkara secara lisan

6. Round Robin
  • Aktiviti seperti Rally Robin tetapi dilakukan dalam pasukan berempat

7.    Rally Table
  • Secara berpasangan pelajar bergilir-gilir memberi respon atau menyelesaikan masalah dengan menulis di atas kertas yang sama dan menggunakan pen/pensil yang sama

8.   Round Table
  • Dilakukan seperti Rally Table tetapi dalam pasukan berempat

9. Simultaneous Round Table
  • Dalam pasukan pelajar menulis respon kepada masalah dalam kertas masing-masing.
  • Kemudian mereka mengedar catatan mereka mengikut pusingan jam supaya setiap ahli pasukan dapat menambah/membetulkan apa yang ditulis.

10. Spin-N-Think
  • Kadbod yang ada anak panah dan boleh dipusing digunakan untuk menentukan giliran siapa yang menyoal, menjawab, membetulkan dan memuji

11 Talking Chips
  • Setiap ahli dalam pasukan meletakkan cip di tengah-tengah apabila ingin bercakap dan memberi pendapat
  • Mereka tidak boleh mengulangi giliran bercakap sehingga setiap orang diberi peluang

12.Jigsaw Problem Solving
  • Dalam pasukan berempat, pelajar mencari klu atau pelengkap kepada masalah dengan bergerak kepada kumpulan lain.

13. Mix-N-Match
  • Pelajar bergaul dan bergerak mencari bahan/perkara yang boleh dipadankan dengan bahan yang ada pada dirinya

14. Trade-A-Problem
  • Pasukan membina masalah/soalan dan menghantar kepada pasukan lain untuk dicari penyelesaian

15. Team Stand-N-Share
  • Ahli pasukan berdiri
  • Guru / rakan lain memberi soalan
  • pasukan hanya boleh duduk jika bersetuju dan berkongsi jawapan / pendapat dengan pasukan lain

16. Find the Fib/Guess the Fib
  • Seorang ahli dalam pasukan memberi tiga penerangan tentang sesuatu yang sebenarnya hanya dua yang betul atau benar. Satu lagi adalah salah
  • Ahli lain diminta mencari yang mana yang salah

17. Line Ups
  • Dalam pasukan berempat pelajar membuat barisan
  • Pasukan diminta memberi jawapan kepada masalah yang diberi
  • Pasukan membuat garisan lurus kalau setuju dan garisan terpisah-pisah kalau tidak setuju

18. Formations
  • Pasukan membentuk simbol, perkataan atau cara lain untuk  menunjukkan kesepakatan

19. Window Pane
  • Guru melukis satu gambar tentang sesuatu konsep/ perkara pada carta/papan hitam
  • Ahli dalam pasukan bergilir-gilir menyambung melukis untuk menerangkan lagi konsep/perkara tersebut

20. Showdown
  • Setiap ahli pasukan  menulis satu jawapan /penyelesaian kepada masalah
  • Pada masa yang ditetapkan semua menunjukkan jawapan secara serentak
  • Setiap ahli membetulkan dan mengukuhkan jawapan rakan

21.  Lyrical Lessons
  • Pasukan tulis lirik /nyanyi lagu mengikut rentak tradisional yang disukai kanak-kanak

22.Timed Pair Share
  • Secara pasangan, Pelajar 1 berkongsi pengalaman satu penyelesaian  dalam masa yang ditetapkan dengan Pelajar 2
  • Kemudian tukar peranan

23.Stir- the- Class
  • Pasukan duduk dalam bulatan
  • Membincangkan jawapan untuk menyelesai masalah
  • Apabila sudah dapat satu penyelesaian, berdiri bahu ke bahu untuk menunjukkan persetujuan
  • Bila loceng dibunyi, ahli yang nombornya dipanggil bergerak ke pasukan baru untuk soalan yang berikutnya

24.Team Word-Web
  • Pelajar tulis topik di tengah-tengah kertas mahjong
  • Setiap ahli pasukan menulis idea dalam peta minda mengikut warna pen yang berbeza untuk menunjukkan sumbangan idea setiap dari mereka

25. Mendeklamasi sajak/ menyanyi lagu
  • Seorang pelajar mendeklamasikan baris pertama  sajak atau menyanyi lagu
  • Kemudian diikuti oleh rakan pasangannya
  • Akhirnyna bersama-sama mendeklamasi /menyanyi bersama-sama dalam harmoni

26. Paraphrase Passport
  • Pelajar hanya boleh memberi sumbangan idea setelah ia boleh mengulang jawapan kawan sebelumnya

27. Mix-Freeze Group
  • Pelajar membentuk pasukan mengikut arahan guru
  • Bagi yang tidak sempat membentuk pasukan dalam masa yang ditetapkan,  diletakkan dalam “Lost and Found”

28. Think-Pair-Share
  • Guru kemukakan masalah kepada ahli pasukan
  • Setiap ahli diberi masa  untuk berfikir, kemudian membincangkannya dengan ahli pasukan yang lain secara berpasangan
  • Semua ahli Pasukan diminta pula berkongsi jawapan kepada penyelesaian masalah

29.Roam the Room
  • Dengan isyarat guru , murid secara individu bergerak untuk melihat hasil perbincangan atau hasil kerja rakan-rakan
  • Apabila guru beri isyarat kedua,  semua balik ke tempat asal dan kongsi dalam pasukan apa yang dipelajari dari rakan/pasukan  lain

30. Gallery Tour
  • Seperti di atas tetapi  mereka bergerak secara pasukan
  • Hasil pasukan lain ditampal atau di lukis atas meja untuk pasukan lain melihat/membacanya
  • Pasukan asal hendaklah meletakkan kertas dan pensil di atas meja supaya pasukan yang datang melawat boleh beri komen atau pengukuhan hasil kerja mereka
  • Ahli kumpulan juga diarahkan oleh guru untuk berpecah sementara waktu untuk melihat stesen lain pula
  • Setelah kembali semula ke  pasukan asal, ceritakan/laporkan pembelajaran/pengalaman yang diperolehi

31. Three Stray, One Stay
  • Tiga ahli pasukan pergi melihat hasil atau berbincang dengan pasukan lain
  • Seorang tinggal untuk menyambut kedatangan rakan lain dan untuk menjelaskan kedudukan /hasil kerja pasukannya
  • Bila selesai Murid 2 pula tinggal dan jalankan tugas di atas
  • Kemudian Murid 3 pula tinggal dan begitulah seterusnya.

32. Rotating  Review
  • Pasukan bincang topik
  • Buat carta/pengurusan grafik
  • Kemudian ke kumpulan lain untuk sampaikan pendapat mereka atau beri pendapat tentang  hasil perbincangan kumpulan itu
  • Buat carta/pengurusan grafik yang baru untuk kumpulan itu
  • Begitulah seterusnya

33.The Yarn Yarn
  • Setiap kali seorang ingin memberi pendapat ia diberi benang untuk dililit di tangan
  • Akhirnya kumpulan dapat tahu siapa yang lebih memberi pendapat/idea

34. Kinesthetic Symbols
  • Murid membentuk symbol tangan atau badan untuk menerangkan isi kandungan pelajaran

35. Team Statements
  • Pelajar berfikir dan berbincang dalam pasangan untuk membentuk pernyataan individu
  • Kemudian semua bekerjasama untuk membentuk pernyataan pasukan yang dipersetujui semua

36. Who am I ?
  • Setiap orang pelajar diberi identitinya pada belakang bajunya (disemat di belakang baju)
  • Setiap dari mereka diberi tiga soalan sahaja untuk bertanya kepada kawan lain tentang  identity masing-masing.
  • Rakannya hanya boleh menjawab “ya atau tidak”
  • Apabila identiti diperolehi hasil dari klu jawapan yang diberi rakan, individu tersebut boleh menjadi pakar rujuk kepada rakan lain yang belum ‘mengenalpasti” identitinya

37. Sages Share
  • Pelajar buat sumbangsaran dan setiap dari mereka yang boleh menceritakan lebih lanjut akan idea tersebut,  mencatat ‘initial” mereka
  • Rakan lain bergilir-gilir untuk menemuramah rakan yang  bijak (yg menulis initial tadi) untuk kefahaman lebih lanjut tentang ideanya

38. Traveling File
  • Setiap pasukan dibekalkan sebuah fail yang di dalamnya  ada soalan, kes atau masalah untuk dibincangkan
  • Selepas 10-15 minit soalan dan catatan jawapan dimasukkan semula ke dalam fail dan diedarkan kepada pasukan lain
  • Setiap pasukan yang mendapat fail  baru dari pasukan lain dikehendaki membaca soalan dan jawapan yang ada dalam fail berkenaan sebelum dibincang, ditambah, dihurai dan disunting.
  • Setelah setiap pasukan respon kepada 2 atau 3  Traveling File, soalan-soalan dan jawapan-jawapan tersebut dibincangkan dalam kelas secara keseluruhan.

39. Team Interview
  • Setiap ahli pasukan berkenalan antara satu sama lain dengan bertanyakan maklumat diri berhubung dengan nama, tempat asal, hobi (sambil berdiri)

40.   Team Project
  • Setiap ahli pasukan bekerjasama memberi sumbangan menamakan pasukan, membentuk pasukan sorak ( team cheers), logo pasukan dan warna pasukan

41. Value Lines
  • Setiap ahli pasukan menyenaraikan nilai-nilai dari yang tertinggi hingga yang terendah dalam aspek kehidupan seharian seperti keselamatan famili, keamanan dunia, keseronokan hidup
  • Selepas itu setiap ahli menyenaraikan pula nilai-nilai murni  berdasarkan keutamaannya seperti penyayang, jujur, bebas, bertanggungjawab, setia dan lain-lain
  • Setiap ahli berikutnya membuat perbandingan untuk  menilai hasil kerja mereka

42.  Find-Someone-Who
  • Pelajar dikehendaki mencari seseorang yang mempunyai ciri-ciri tertentu seperti rancangan televisyen yang digemari, makanan kegemaran, ataupun pelajar diberi lambaran kerja yang mengandungi beberapa soalan untuk dicari jawapannya daripada rakan sekelasnya yang tahu

43. Rotating Review
  • Setiap pasukan membincangkan sesuatu topik , kemudian mencatatkannya di kertas sebak dan memaparkan di tempat pasukan masing-masing
  • Setiap pasukan akan bergerak dari satu pasukan ke satu pasukan untuk membuat penilaian hasil kerja  setiap pasukan
  • Setiap ahli pasukan boleh membuat komen,tambahan idea atau persoalan pada kertas berkenaan dengan menggunakan warna  pen yang berbeza

44.  Three-Step Interview
  • Empat orang pelajar dalam satu pasukan
  • Langkah 1 : Secara berpasangan seorang pelajar menjadi penemuduga dan seorang lagi yang ditemuduga
  • Langkah 2 : Pasangan bertukar peranan 
  • Langkah 3 : Setiap pelajar secara bergilir berkongsi pengalaman yang dilalui semasa temuduga dengan ahli pasukan yang lain

45.  Two-Box Induction
  • Diwujudkan 2 kategori iaitu contoh dan bukan contoh
  • Fasilitator beri ransangan
  • Ahli pasukan berbincang secara Round Table untuk wujudkan hipotesis
  • Setelah hipotesis dibuat secara berulang-ulang dan konsep berkenaan telah dipersetujui oleh semua ahli, satu keputusan dibuat untuk menerima konsep tersebut