Asal Usul Nama Negara Malaysia

MALAYSIA bukanlah istilah dari kosa kata bahasa Melayu. Ia adalah cantuman dua istilah MALAY dan SIA. MALAY adalah dari bahasa Inggeris yang bermakna orang Melayu. Manakala SIA adalah dari bahasa Latin yang bermakna Tanah.

Semasa zaman kolonial, gugusan tanah Melayu ini dikenali sebagai Tanah Melayu. Ia meliputi dari sebahagian kecil selatan Siam hinggalah ke selatan Filipina.Inggeris menukar nama Tanah Melayu kepada Malaya. Mungkin kesukaran orang Inggeris untuk menyebut Melayu. Nama itu kekal semasa Merdeka dan hingga pembentukan Malaysia pada 1963.

Pemilihan nama Malaysia adalah lebih bermotifkan bahawa Tanah Melayu kini (selepas 1963) bukan sahaja dilihat sebagai tanah Orang Melayu tetapi lebih kepada tanah orang yang bersetuju membentuk sebuah negara baru. Ini termasuklah orang Asli, orang Melayu (yang dianggap sebagai sebagai pribumi), orang Cina dan India (pendatang yang diterima sebagai warganegara).

Bagi sesetengah pihak, nama Malaysia dilihat bahawa tanah atau negara ini bukan milik orang Melayu semata-mata. Meskipun sesetengah pihak beria-ia menekankan bahawa tanah atau negara ini adalah milik orang Melayu. Hakikatnya kita sendiri yang perlu memahami dan bertindak.

Image result for malaysia